Online Biztrust Certificate See us at Youtube Like and follow us at facebook Request Free Quote
  phone icon
SG:+65-63541650
phone icon
PG:+604-2621650
phone icon
JB:+607-5591650
phone icon
MY:+603-62801650
 
phone icon
sales@alcaidc.com
 
Feedback
Search iconSearch
 
 

Pengiraan dan Catatan hasil Buah Kelapa Sawit menjadi semakin mudah di Malaysia dan Indonesia dengan adanya Penggunaan Perisian Komputer “Autotrack On Demand Agriculture Tracking”

 
18/Oct/2019
Bagaimana Autotrack boleh membantu dalam industri minyak sawit bagi mengemas-kini dan mengumpul maklumat buah sawit? Hubungi kami untuk mencuba aplikasi ladang minyak kelapa sawit anda

Pengenalan

Selepas buah kelapa sawit siap di tuai dan dikumpulkan di platform oleh pekerja anda, penyelia atau “mando” perlu datang melawat ke platform untuk melakukan pengiraan buah sebelum dipindahkan ke kilang untuk pengekstrakan minyak.




Kebanyakan pemilik ladang minyak kelapa sawit pada masa kini merekodkan transaksi penuaian harian mereka pada sehelai kertas borang pemeriksa dan juga digunakan untuk mengira gaji pekerja dan untuk tujuan menyimpan rekod penuaian harian. Selepas pemeriksa selesai merekod, inspektor kawalan kualiti bertanggungjawab mengumpul borang pemeriksa tersebut daripada pemeriksa. Pengiraan semula akan dilakukan oleh inspektor kawalan kualiti di setiap platform minyak kelapa sawit.

Walaubagaimanapun, sebelum gaji pekerja diserahkan dan jumlah hasil tuaian dikira semula di kilang minyak kelapa sawit, kerani kebun perlu mengisi semula data ke dalam excel sistem komputer untuk tujuan rekod dan pengiraan. Hal ini menyebabkan duplikasi dan salah rekod dan masih diguna pakai oleh pemilik ladang minyak kelapa sawit masa kini.




Sebaik sahaja transaksi penuaian selesai, laporan transaksi penuaian harian akan dihasilkan dari lembaran excel secara terus dan disimpan mengikut nama fail pada tarikh tersebut. Untuk mengambil kembali rekod transaksi penilaian sebelumnya akan menjadi cabaran kepada pekerja kerani kebun.



Bagaimana Autotrack membantu memperbaiki proses ini?

Sejak adanya aktiviti untuk laporan transaksi penuaian ini di jalankan, kami memperkenalkan Autotrack kepada pelanggan kami bagi membantu dan memudahkan pekerjaan harian mereka bagi mencatat dan merekod transaksi penuaian harian mereka setiap hari.

Data kemudiannya di hantar ke server melalui 2G, 3G, 4G atau 5G teknologi. Sesetengah kawasan tanpa liputan Rangkaian Kawasan Luas (WAN), pemeriksa masih perlu ke pejabat semula untuk membuat pemindahan data yang telah direkodkan ke server Autotrack. Pada masa yang sama, pemeriksa kawalan kualiti perlu membuat tugasan yang sama seperti pemeriksa dan 2 keputusan individu yang berbeza akan dibandingkan oleh Autotrack dan keputusan akan dibuat oleh Pengurus Kebun jika percanggahan berlaku di antara mereka.




Penggunaan Autotrack juga dapat membantu menjana laporan harian, mingguan, dan bulanan yang digunakan oleh kerani kebun sebagai tujuan mengemukakan laporan untuk pengiraan gaji pekerja. Selain itu, semudah satu klik sahaja untuk kerani kebun mengambil semula laporan penuaian yang lepas



Untuk keterangan lebih lanjut berkaitan dengan Autotrack untuk kilang kelapa sawit anda, sila hubungi kami seperti di bawah :

Mr Tan : 012-686 1650
Mr Tiwen : 012 499 1650
Mr Danny : 012-302 1650
Mr Sungfoh : 012-526 1650

Atau email kami di sales@alcaidc.com dan pewagai jualan kami akan segera hubungi anda semula.


by: fatihah
Related Item
 
 
© 2012 ALC GROUP. ALL RIGHTS RESERVED. YOUR ONE STOP AUTO-ID SOLUTION PROVIDER IN MALAYSIA AND SINGAPORE.
ALC TECHNOLIGIES PTE LTD BLOCK 998 TOA PAYOH NORTH, #07-07/08/09, TOA PAYOH INDUSTRIAL ESTATE,SINGAPORE 318993.
ALC-TECH (M) SDN BHD KUALA LUMPUR OFFICE    NO. 30-1, JALAN 6/62A,  BANDAR MANJALARA, KEPONG, 52200  KUALA LUMPUR.  MALAYSIA
ALC-TECH (M) SDN BHD JOHOR OFFICE    05-17, SKUDAI PARADE SHOPPING COMPLEX,  JALAN SKUDAI, BATU 10, 81300  SKUDAI, JOHOR.  MALAYSIA
ALC-TECH (M) SDN BHD PENANG OFFICE    2-07-05, HARBOUR TRADE CENTRE, 2, GAT LEBUH MACALLUM,  GEORGE TOWN, 10300  PULAU PINANG.  MALAYSIA
OPENING HOURS: MON-FRI 8:30AM - 5:30PM
Company
Home
About Us
Our Partner
Contact Us
Solution
Visitor Tracking
Asset Solution
Free Barcode Generator
Barcode Tracking
Stock take
Barcode
Barcode Scanner
Barcode Mobile Computer
Unattended Scanner
Barcode Printer
Mobile Printer
ID Card
ID card Reader
Magnetic card reader
RFID card reader
Time Recorder
ID card Printer
Know more card
News and Update
Coming Event and Holidays
News
Sitemap
Access Control
Access Control
Laser Engraving
Laser Engraving
Solution
Autotrack On Demand
Link
FaceBook
Youtube
Blogger
More
Request Quote
Product Guild
Product Category