E-Masjid Sistem Perisian Kawalan Aset Masjid (Asset Tracking Software)
03/May/2024
Jangan ambil mudah dengan aset tanpa sebarang kawalan. Selalu kita dengar di berita, media sosial dan sebagainya tentang adanya kes kecurian di masjid. Dengan perkembangan teknologi terkini, penting untuk masjid mewujudkan sistem perisian tersendiri untuk mencegah sebarang kemungkinan buruk yang bakal terjadi bersama AGen.
Antara sebab masjid perlu sistem kawalan aset AGen adalah :
Pengurusan Sumber
Masjid mempunyai pelbagai sumber dan aset yang harus dijaga serta dikekalkan.Sistem kawalan aset AGen membantu dalam menyusun dan menguruskan sumber-sumber tersebut dengan cekap serta memastikan sumber aset masjid sentiasa ada dan baik ketika diperlukan. AGen juga dapat kurangkan risiko kehilangan atau kerugian sumber aset masjid.
Jadual Penyelenggaraan
Rata-rata masjid perlu rutin penyelenggaraan untuk memastikan peralatan aset masjid dalam keadaan baik. AGen dapat membantu dalam mengemaskini tugas contohnya membersih, membaiki dan pemeriksaan demi kelancaran ibadah jemaah masjid setiap hari.
Keselamatan
Masjid mempunyai pelbagai aset contohnya alatan elektronik dan tabung derma. AGen dapat meningkatkan tahap keselamatan aset masjid dengan simpanan rekod, pergerakan aset dan membantu mencegah kehilangan dan kecurian.
Bajet dan Pengurusan Wang
Dengan pengawalan kegunaan aset, masjid dapat menguruskan bajet dan perbelanjaan dengan lebih baik. AGen boleh sediakan ringkasan kitaran aset dan susut nilai supaya membantu masjid membuat pilihan cekap dalam mengaturkan kewangan masjid.
Audit dan Laporan
AGen juga membolehkan anda menjalankan audit berkala terhadap aset-aset yang dipinjamkan dan pulangannya. Anda juga boleh menghasilkan laporan berkaitan dengan aktiviti pinjaman dan pulangan untuk tujuan pentadbiran dan kawalan.
Secara keseluruhannya, sistem kawalan aset membantu dalam menguruskan sumber aset, naik taraf kecekapan operasi, meningkatkan keselamatan dan melancarkan ibadah harian para jemaah di masjid. Untuk maklumat lebih lanjut, tuan puan dialu-alukan menekan butang WhatsApp.
Tak payah tunggu atau tertanya-tanya lagi, cepat tekan WhatsApp supaya kami boleh jawab persoalan yang terlintas di fikiran tuan puan. Pihak kami yang ramah dan mesra sedia menyambut tuan puan.
by:
marketing
|