Sahkan Produk Milik Anda Dengan Menggunakan Agen 1 Objek 1 Identiti.
21/May/2024

Sahkan Produk Milik Anda Dengan Agen 1 Objek 1 Identiti
(Cara mudah selain meletakkan cap dagangan untuk mengelakkan produk anda dimanipulasi oleh pihak lain)


Selalunya para pengusaha sering dinasihatkan untuk meletakkan cap dagangan dengan segera bagi mengelakkan produk yang dihasilkan diciplak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seterusnya menimbulkan banyak masalah kepada pengusaha. Contohnya, produk yang diciplak dijual dengan harga yang sangat murah serta mengelirukan pelanggan. Pelanggan yang telah membeli produk tiruan akan 100% menyalahkan pengusaha sekiranya memudaratkan pengguna. Lebih teruk lagi, pengusaha juga sukar untuk melakukan pemantauan kualiti produk dan mengambil masa yang agak lama untuk menjejak produk yang telah dikeluarkan.


Bayangkan anda mengaplikasikan Agen 1 Objek 1 Identiti dalam perniagaan susu coklat anda. Kemudian, anda mengagihkan beberapa kotak produk anda ke beberapa lokasi yang berbeza untuk dijual. 

Beberapa pelanggan baru telah membeli produk susu coklat anda dan membawanya pulang ke rumah. 



Malangnya, ada pelanggan yang menghubungi anda dan membuat aduan mengenai beberapa kotak susu coklat telah rosak dan basi.



Namun, masalah ini dapat diselesaikan dengan segera kerana Agen 1 Objek 1 Identiti mempunyai maklumat data yang terperinci termasuklah lokasi setiap produk yang telah diagihkan.
 
Apa yang membezakan kod bar Agen 1 Objek 1 Identiti dengan kod bar biasa?

Setiap kotak susu coklat mempunyai nombor siri yang berlainan dan tersendiri bagi memudahkan pemilik perniagaan mengenalpasti kerosakkan yang berlaku tanpa perlu menyemak satu per satu produk yang telah diagihkan di pelbagai tempat.



Manakala, kod bar yang tidak menggunakan Agen 1 Objek 1 Identiti mempunyai nombor siri yang sama kerana hanya memaparkan maklumat seperti pengilang dan keterangan produk sahaja.


Apakah Kebaikan Agen 1 Objek 1 Identiti sekiranya anda berniat untuk mula menggunakannya?


Layari https://www.alcaidc.com/ dan tekan whatsapp di sisi kiri untuk menghubungi kami dengan segera. 


ALC-TECH (M) SDN BHD
No.30, Jalan 6/62A, Bandar Menjalara,
52200 Kepong, Kuala Lumpur.
Malaysia.

📞+603-62801650



by: Stephanie



Related Article


Related Product

Video