Preview
Ask Quote

Zoom
Penuaian, Penggredan dan Pengesanan Tandan Buah Segar (TBS) akan menjadi penuaian yang lebih mudah dan lebih sistematik dengan menggunakan Teknologi (RFID)
21/Oct/2020

Penuaian kelapa sawit memerlukan data yang besar untuk pengumpulan dan analisis bagi aktiviti perancangan. Penyelia ladang perlu memastikan tandan buah yang betul-betul masak dan pokok tersebut hendaklah dijaga bermula pada 10-17 hari dan haruslah dihantar ke kilang dengan secepat yang mungkin dalam masa 24 jam. Hasil yang maksimum boleh dicapai dengan masa tuaian yang maksimum melalui pengurusan yang terancang hanyan dengan menggunakan rekod tuaian yang lepas.Penuaian kelapa sawit memerlukan data yang besar untuk pengumpulan dan analisis bagi aktiviti perancangan. Penyelia ladang perlu memastikan tandan buah yang betul-betul masak dan pokok tersebut hendaklah dijaga bermula pada 10-17 hari dan haruslah dihantar ke kilang dengan secepat yang mungkin dalam masa 24 jam. Hasil yang maksimum boleh dicapai dengan masa tuaian yang maksimum melalui pengurusan yang terancang hanyan dengan menggunakan rekod tuaian yang lepas.



Tandan Buah Segar (TBS) yang telah masak akan ditentukan oleh pemungut buah atau pemeriksa ladang dengan menggunakan maklumat digital, Autotrack on Deman Frest Fruit Bunches Tracking akan memberikan garis panduan bagi menggunakan perisian dan memberikan analisis ramalan TBS yang dituai. Pengurus ladang dapat menganalisis dari rekod yang telah dikumpulkan bagi merancang penuaian seterusnya untuk pokok atau kawasan yang sama.

Bagaimana Menggunakan dengan Sistem Perisian?


Mudah dan mesra pengguna yang direka khas oleh Pasukan Autotrack untuk memudahkan pengesanan tandan buah segar (TBS) dengan hanya satu klik ke konsep seterusya mengakses untuk merekod buah yang telah dikutip dan maklumat penuai untuk setiap blok. Sistem ini dapat mengambil gambar dan boleh terus sentuh ke kad RFID untuk menyimpan TBS ke dalam tag RFIDmaklumat untuk memudahkan pengurusan.




Bagaimana data yang dikumpulkan dapat dibaca?

Penggunaan Teknologi RFID dalam pertanian secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti dan kebolehkesanan Tandan Buah Segar (TBS) yang di tuai dari ladang. Data analisis ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kepada penuai serta pemeriksa ladang agar mereka lebih berpengetahuan tentang proses dan kitaran penuaian kelapa sawit dengan betul. Perisian ini juga dilengkapkan dengan fungsi kamera di mana pemeriksa dapat menggunakannya untuk merakam gambar dan terus dihantar kepada pengurus ladang untuk tindakan yang segera.

Untuk maklumat lanjut sila layari di
https://www.alcaidc.com/Public/Solution/PalmOilTracking.aspx





by: fatihah


Related Article
Title 

6/12/2021 11:33:10 AM
3 main common identity carrier technologies used for asset tracking in Malaysia, radio frequency, barcode or vision, which technologies are more suitable to your organisation?